fbpx

Makers Pink Clay Mask

tanda sesuai memulakan perniagaan Maker Clay

4 tanda anda sesuai dan patut mulakan perniagaan

Apakah tanda sesuai memulakan perniagaan dan menjadi seorang usahawan? Sering kita fikirkan patut atau tidak kita mulakan perniagaan dan bagaimana cara memulakan perniagaan.

Dalam hati sering terdetik teringin untuk mulakan perniagaan, namun mungkin juga ada perasaan takut dan tidak tentu dengan cara memulakan perniagaan…

Apatah lagi bila pelbagai alasan dalam minda mula menjelma seperti tidak punyai modal, malu jika gagal, tiada masa, tidak tahu nak jual apa dan seribu satu lagi alasan!

Bak kata guru saya, Dato Dr Fadzilah Kamsah

Orang lain buat duit, kita buat alasan.

Sememangnya amat benar. Jadi, berikut adalah antara 4 tanda sesuai memulakan perniagaan. Sekiranya salah satu ini adalah anda, maka, anda PATUT mulakan secepat mungkin!

1. Anda punyai banyak idea

Satu petanda usahawan adalah, mereka mempunyai banyak idea dan selalu berfikir. Golongan ini juga sering bertanya dalam minda “what if…” dan sering terbayang diri sendiri menjalankan perniagaan. Melihat orang lain menjalankan perniagaan pastinya menarik minat diri juga.

Dan dalam memerhati orang lain menjalankan perniagaan, berbagai2 idea dan buah fikiran datang dan memberi niat dan idea cara memulakan perniagaan satu hari nanti.

Sekiranya sudah berniat, maka itu adalah tanda sesuai memulakan perniagaan yang sangat baik! Namun, jangan tunggu “satu hari nanti” oleh kerana ia tidak akan datang sekiranya anda tidak mulakan sekarang!

2. Anda mendapat inspirasi dan motivasi dari kejayaan orang lain

Sekiranya anda sering melihat kejayaan orang lain, dan mendapat inspirasi dan motivasi menyuntik dalam diri sendiri, itu tandanya juga anda sangat sesuai menjadi seorang usahawan.

Sesetengah orang (bukan anda), akan iri hati, dengki, berfikiran negatif apabila melihat kejayaan orang lain. Perasaan sebegini akan menutup minda dan hati pada rezeki dan kejayaan.

Sekiranya apabila anda melihat kisah kejayaan orang lain dan ia bagaikan menyuntik semangat pada diri anda sendiri, ini menunjukkan anda mempunyai azam untuk berjaya juga sebagai usahawan.

Jangan ditunggukan lagi oleh kerana semangat inilah yang akan memberi momentum kepada anda untuk menjadi usahawan yang berjaya!

tanda sesuai memulakan perniagaan Maker Clay

3. Anda suka membantu orang

Pastinya kita tahu, lebih banyak kita beri, lebih banyak yang kita akan dapat. Sekiranya peribadi anda adalah anda suka membantu orang lain, tak kira kenalan atau keluarga, tak kira mereka yang anda kenali ataupun seseorang yang anda tidak kenal pun, petandanya anda mempunyai keperibadian usahawan.

Perniagaan adalah penyelesaian kepada apa sahaja masalah. Sifat suka membantu dan menyelesaikan masalah orang lain sangat penting dalam diri seorang usahawan. Apabila seseorang mempunyai masalah, dan diri anda tergerak di dalam hati untuk membantu, itulah sebaiknya peribadi usahawan yang berjaya.

Oleh itu, bantu diri anda sendiri dan mulakan perniagaan sekarang!

4. Anda sedar dan terkesan dengan keadaan ekonomi Malaysia

Mungkin kini gaya hidup anda sudah stable, dan tidak sukar. Ataupun mungkin anda terkesan juga dengan keadaan ekonomi Malaysia sejak implementasi GST. Tidak kira kedudukan anda kini, sama ada selesa ataupun tidak, sekiranya anda tersedar bahawa agak penting untuk menjana wang tambahan untuk masa hadapan diri dan keluarga, maka, perniagaan adalah untuk anda.

Perniagaan Internet membolehkan anda memulakan dan menjalankan perniagaan pada kos yang rendah dan masa yang flexible. Contohnya, antara strategi yang saya kongsikan malam tadi adalah bagaimana caranya mengautomasikan perniagaan kita 80% supaya kita lebih mempunyai waktu terluang dan bebas- dan tidak terikat dengan perniagaan sentiasa.

Hujung minggu lepas, saya keluar dengan keluarga ke One Utama Damansara. Terkejut juga melihat beberapa kedai ternama terpaksa tutup kedai. Bila bertanyakan pada pemilik perniagaan, rata-ratanya sedar keadaan ekonomi kos yang tinggi menyukarkan mereka. Bagaimana keadaan ekonomi kita 2017, 2018, 2019 dan seterusnya?

4 tanda anda sesuai dan patut mulakan perniagaan 1

Baca di sini mengapa anda perlu jadi sebahagian dari Makers Partners? –> Klik Sini

1 thought on “4 tanda anda sesuai dan patut mulakan perniagaan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *